KEK LAPIS SIBU

Kami juga ada menjual Kek Lapis Sibu

Tuesday, December 18, 2012

Sudip dari Kayu Sagu RM4 satu

Assalamualaikum dan salam  sejahtera,
Saya mencari-cari apa yang sesuai untuk cenderamata pada kawan-kawan yang berkunjung ke  bumi kenyalang. Cenderamata  tersebut biarlah yang boleh diguna. Biasa bila kawan -kawan datang, saya akan beli barang untuk perhiasan contohnya seperti ukiran kayu atau perhiasan manik.Kali ini nak ubah trend pula, nak beri something yang boleh diguna bukannya hanya jamuan pada mata.

Untuk tahun 2013 ini, saya nak cari cenderamata yang lain dari lain. Nak cari cenderamata yang ada unsur Sarawak dan dan yang paling penting boleh diguna , harganya mestilah murah hehe.

Ok, kepada pembaca di luar sana, saya cadang sudip diperbuat dari kaYu sagu sangat sesuai untuk hadiah. harganya murah dan boleh diguna di dapur. Dari pengalaman saya sendiri, selesa memasak mengguna sudip kayu sagu ini.

Ia boleh juga diberi sebagai hadiah harijadi, doorgift untuk majlis dan sebagainya. Pada pandangan peribadi saya,

Gambar saya akan upload kemudian. ( Dalam post yang terdahulu saya telah upload gambarnya - dibawah tajuk senduk kayu)

Seiapa yang berminat , boleh hubungi saya, Asma di 013 817 4166

Thursday, November 1, 2012

BUAH DABAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada sesiapa yang minat makan buah dabai? Buah dabai ni bermusim. biasanya hujung tahun banyaklah buah dabai. Bukan semua tempat di sarawak ada buah dabai. Di Sarawak, bahagian Sibu yang terkenal dengan buah dabai.
Buah dabai yang sedia untuk dimakan biasanya berwarna hitam. Buah dabai ni sedap dimakan begitu saja, campurkan dengan kicap dan gula atau dimakan bersama nasi.

Cara penyediaan, cuci buah dabai tersebut, selepas itu rendam dalam air sederhana panas. Tidak terlalu panas, kalau air terlalu panas, buah dabai ini akan menjadi keras bukannya lembut. Dabai akan menjadi lembut. bila lembut, buangkan air rendaman. campurkan buah dabai tersebut samada dengan garam atau gula dan kicap ikut selera masing-masing.

Inilah rupa buah dabai:


Ini pula buah dabai yang masih di pokok, masih muda, warnanya putih/ cream.. Bagi mereka yang tak pernah tengok buah dabai..beginilah rupanya..



Ini rupanya buah dabai yang belum tua...


Thursday, October 4, 2012

Terabai

Assalamualaikum, pernah tengok benda ni? Sebenarnya , zaman dahulu , ia merupakan perisai bagi pahlawan iban. tapi sekarang ini negara dah aman dan ia cuma tinggal sebagai perhiasan dan diguna semasa tarian ngajat.




Wednesday, October 3, 2012

Ajat dibuat dari anyaman manik

Hi... ini adalah ajat atau beg dibuat dari anyaman manik. Ajat yang asal adalah anyaman dari rotan dan dulu ia diguna sebagai beg. sekarang ini jarang kita dapat tengok orang mengguna ajat ini. Untuk mempastikan seni ini sentiasa segar, ia dibuat sebagai perhiasan, dianyam dengan menggunakan manik.