KEK LAPIS SIBU

Kami juga ada menjual Kek Lapis Sibu

Thursday, November 1, 2012

BUAH DABAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada sesiapa yang minat makan buah dabai? Buah dabai ni bermusim. biasanya hujung tahun banyaklah buah dabai. Bukan semua tempat di sarawak ada buah dabai. Di Sarawak, bahagian Sibu yang terkenal dengan buah dabai.
Buah dabai yang sedia untuk dimakan biasanya berwarna hitam. Buah dabai ni sedap dimakan begitu saja, campurkan dengan kicap dan gula atau dimakan bersama nasi.

Cara penyediaan, cuci buah dabai tersebut, selepas itu rendam dalam air sederhana panas. Tidak terlalu panas, kalau air terlalu panas, buah dabai ini akan menjadi keras bukannya lembut. Dabai akan menjadi lembut. bila lembut, buangkan air rendaman. campurkan buah dabai tersebut samada dengan garam atau gula dan kicap ikut selera masing-masing.

Inilah rupa buah dabai:


Ini pula buah dabai yang masih di pokok, masih muda, warnanya putih/ cream.. Bagi mereka yang tak pernah tengok buah dabai..beginilah rupanya..



Ini rupanya buah dabai yang belum tua...