KEK LAPIS SIBU

Kami juga ada menjual Kek Lapis Sibu

Sunday, November 17, 2013

Ajat Dari Manik

Assalammuaikum dan salam sejahtera,
Tadi pergi gerai kraf tangan sempat ambil gambar ini. Saiz dan corak kita boleh tempah kalau kita nak. Ramai juga yang tempah ntuk doorgift perkahwinan . Kalau anda idea , boleh berkan idea, mereka akan buat.. cantik.




Rantai Manik

Assalamualaikum, salam satu malaysia..
Kali ini nak share beberapa rantai manik.  Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya untuk meempah atau membeli, bolehlh hubungi saya. Jika yang berminat boleh buat key chain guna konsep yang sama. Jika anda inginkan identiti sendiri, anda boleh tempah terutama sekali jika anda ingin menjadinya sebagai door gift.

Ini antara ranatai yang diperbuat dari manik. Kalau anda nak tempah pun boleh, lebih baik sertakan design yang anda inginkan.

Gambar kat bawah ini, ada key chain ada rantai, anda boleh juga kirimkan bahan mentah maksud saya manik yang anda suka, nanti dia orang akan buat untuk anda. Kat sini pilihan untuk main agak terhad dan harga pun agak mahal.

Ini antara yang saya ambil kat gerai menjual kraf tangan.
















Tuesday, November 5, 2013

Udang Kering Salai

Assalamualaikum, salam sejahtera..
rasa dah terlalu lama tak post kat blog ni. Rasa macam tak ada semangat nak post kat blog ini. Tapi, dalam tahun ini, ada beberapa orang yang contact nak beli udang kering salai ni. Few weeks ago ada orang call bertanya samada saya masih ada menjual udang salai kering ni.
Saya dah lama tak menjual udang kering salai ni, sebab sambutan tak begitu menggalakkan. Tapi jika ada yang ingin, saya boleh tolong belikan.
Agak terkejut juga bila gi market nak belu udang kering salai ni. Nak tahu berapa harganya..ha..1 kg dah RM100.00. Agak mahal juga. Tapi bab makan ni, kalau dah teringin, harga mahal tolak ke tepi hehe..

Masa gi beli hari tu, sempat juga ambil gambar, saja..nak post kat blog ni. Kalau tak blog ni sunyi sepi..tak ada post hehe..



Ini tempat saya membeli udang kering salai, kalau gi tempat pembuat mungkin lebih murah, tapi masalahnya jauh dan tak berbaloi kalau setakat beli 1 kg.

Kalau ada yang berminat kat luar sana, kalau saya ada kelapangan boleh saja tolong belinya.Untuk setiap 500gm , caj penghantaran RM15. Untuk 1 kg caj penghntaran adalah RM25.

Kalau berminat boleh whatsApp saya di 013-817 4166

Tuesday, April 30, 2013

Rantai leher dari manik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada sesiapa yang berminat, kita juga menerima tempahan rantai dari manik ini sebagai hadiah. Ini antara jenis-jenis rantai manik yang ada..








Jika ingin corak yang lain, pelanggan boleh beri idea..contohnya jika doorgift untuk perkahwinan mungkin mengikut thema majlis
Untuk tempahan yang banyak , kami memerlu masa 1-3 bulan untuk menyiapkan tempahan.
Sebarang tempahan boleh menghubungi admin  013-817 4166 atau whatsApp

Thursday, March 28, 2013

KETOLA SEBAGAI SPAN UNTUK BADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
walaupun kita semakin maju tapi ada sesetengah produk moden masih tidak dapat menandingi produk asli. Contohnya ini...




Sebenarnya skrub ini dari sejenis ketola. Ia sangat tahan dan ada juga yang mengguna ini sebagai span untuk memcuci pinggan.

ULAT SAGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini nak share makanan eksotik di Sarawak ini. Walaupun saya berasal dari Sarawak, tapi keluarga saya tidak pernah makan ulat sagu ini. Dengar dari cerita kawan-kawan yang pernah makan, mereka kata ia sedap dan lemak.

hari itu saya pergi ke pasar tani, ternampak ulat sagu ini ada dijual. Apa lagi, tak lepaskan kesempatan , terus ambil gambar untuk di share di blog ini. Mungkin sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan makanan ini, harganya boleh tahan jugalah..


Ulat sagu ini masih hidup . Tapi saya tidak pastilah bagaimana memasaknya..

Monday, February 25, 2013

Ranati leher dari manik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini nak share kraf tangan dari Sarawak. Kraf tangan dari manik. Sesuai untuk cenderamata atau diguna sendiri. memberi sedikit kelaianan. Yang best nya, kita boleh buat corak atau pilih warna yang sesuai untuk kita.

Gambar dibawah adalah contoh rantai leher dibuat dari manik.





cara pemakaian :






Ada masa nanti saya akan upload gambar corak lain lagi,

Friday, February 8, 2013

Buah Mata Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini nak share satu lagi buah yang bermusim di sarawak terutama sekali popular di bahagian Sibu. Kebanyakkan kawan-kawan dari Semenanjung kata tak pernah jumpa buah ni di Semenanjung. Dia seakan-akan buah longan tapi rasanya lain...lagi sedap. Terutama bila dimakan sejuk-sejuk.

Orang Sarawak biasa panggil buah ini dengan nama BUAH ISAU. Atau juga dikenali dengan buah mata kucing. Kalau tak silap saya, ada dua jenis, yang berkulit hijau dan kuning.
Apa yang saya share di sini yang berkulit hijau. Pada saya yang berkulit hijau lagi sedap dan isinya lagi tebal.



Ini rupanya isi buah ini....

Kalu ingin merasa buah ini, kena tunggu musimlah..biasanya pada hujung tahun. Gambarni pun diambil hujung tahun 2012 yang lalu. Hanya semapat upload di blog hari ini..