KEK LAPIS SIBU

Kami juga ada menjual Kek Lapis Sibu

Friday, February 8, 2013

Buah Mata Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini nak share satu lagi buah yang bermusim di sarawak terutama sekali popular di bahagian Sibu. Kebanyakkan kawan-kawan dari Semenanjung kata tak pernah jumpa buah ni di Semenanjung. Dia seakan-akan buah longan tapi rasanya lain...lagi sedap. Terutama bila dimakan sejuk-sejuk.

Orang Sarawak biasa panggil buah ini dengan nama BUAH ISAU. Atau juga dikenali dengan buah mata kucing. Kalau tak silap saya, ada dua jenis, yang berkulit hijau dan kuning.
Apa yang saya share di sini yang berkulit hijau. Pada saya yang berkulit hijau lagi sedap dan isinya lagi tebal.



Ini rupanya isi buah ini....

Kalu ingin merasa buah ini, kena tunggu musimlah..biasanya pada hujung tahun. Gambarni pun diambil hujung tahun 2012 yang lalu. Hanya semapat upload di blog hari ini..

1 comment:

  1. Saya tinggal di Shah Alam. Dia mana saya boleh beli Bush mata kucing Sarawak di Lembah Klang? Lau Ban Tin 0192323223.

    ReplyDelete